Satu kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa ikan boleh bertukar menjadi ‘transgender’ akibat daripada pencemaran kimia dalam air.
Menurut kajian yang dilakukan itu, bahan kimia yang boleh menyebabkan kesan tersebut berlaku dikesan terkandung di dalam pil perancang, bahan pencuci, plastik serta produk kosmetik.
Seorang pensyarah daripada Universiti Exeter, Profesor Charles Tyler menyatakan bahawa ikan yang telah menjadi ‘transgender’ ini boleh menjadi lebih sensitif terhadap kesan bahan kimia tersebut.
“Kami telah berjaya membuktikan bahawa bahan kimia yang mengandungi estrogen seperti yang terdapat dalam plastik boleh memberi kesan kepada saluran jantung”.
Kajian menunjukkan sebanyak 20 peratus ikan air tawar jantan, khususnya ikan kap yang diuji di 50 tapak ujian mempunyai ciri-ciri feminin.
Kajian tersebut turut mendapati bahawa lebih daripada 200 bahan kimia yang dikenal pasti mengandungi estrogen serta ubat anti depresan boleh mengubah tingkah laku semula jadi ikan.
Sumber: The Telegraph