Siakap Keli

Rekod Cemerlang, Sekolah Ini Bagi Hadiah Motosikal, Tv & Pakej Pelancongan Untuk Pelajar Tak Ponteng

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Zaman persekolahan kita yang lalu, ramai diantara kita yang pastinya pernah menjadi murid nakal di sekolah.

Pura-pura sakit perut, demam dan sebagainya itu adalah merupakan alasan yang biasa diberi kepada ibu bapa kita untuk tidak hadir ke sekolah.

Namun jika kita hidup di zaman persekolahan sekarang, kita pastinya akan fikir dua tiga kali untuk ponteng dari sekolah.

Gambar: FB SMK Batu Laut
Gambar: SMK Batu Laut
Gambar: SMK Batu Laut

Ini kerana, ada satu sekolah di Selangor menawarkan hadiah yang agak lumayan kepada pelajarnya sekiranya rekod kehadiran ke sekolah mereka 100% penuh.

Program yang dinamakan Program Ponteng Sifar (PROPONSIF) Kehadiran 100% itu menawarkan hadiah berupa sebuah motorsikal, pakej pelancongan serta sebuah televisyen sebagai hadiah utama untuk dimenangi para pelajar.

Difahamkan, pemenang ditentukan melalui cabutan bertuah dalam kalangan yang mempunyai rekod 100% penuh kehadiran.

Manakala, Pelajar yang tidak berjaya memenangi hadiah utama pula akan dihadiahkan dengan set peralatan sekolah.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan itu pastinya akan membuat kita berfikir semula untuk tidak ponteng sekolah bukan?

Inisiatif yang ditunjukkan oleh SMK Batu Laut ini rata-ratanya telah mendapat reaksi positif daripada netizen di media sosial.

Sumber: FB SMK Batu Laut

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.