Siakap Keli
Kredit Foto: youtube jabatan hal ehwal veteren ATM

(Video) “Bagi Aku Masa Setengah Jam, Kalau Aku Tak Balik, Bawa Mayat Aku Balik”, Kisah Veteran Perisik ATM

Veteran Kor Risik Diraja (KRD), PW I (B) Mohamad Hj Baharom merupakan penerima Pingat Gagah Berani atas keberanian beliau dalam Peristiwa Guled Hotel di Somalia.

Anak kelahiran Pulau Pinang ini merupakan salah seorang veteran tanah air yang mempunyai kisah perjuangannya tersendiri demi negara.

Dalam video pertama dari dua video siri wawancara khas bersempena Hari Kor Risik Diraja, Mohamad menceritakan pengalaman ketika bertempur menentang pengganas komunis di Sarawak.

Semasa kejadian, beliau bersama 4 orang anggota tentera telah ditugaskan di bawah Platun UCIS (Risik Gempur).

Mohamad mula menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 30 September 1976 dengan menjalani latihan rekrut di Pusat Latihan Darat (PULADA) di Johor sebelum diserapkan masuk ke Batalion ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja (19RAMD).

Pada 19 Februari 1982 beliau ditumpangkan ke Sekolah Kor Risik Angkatan Tentera (SPAT) dan bertukar dari 19RAMD ke KRD pada tahun 1992.

Beliau dikurniakan Pingat Gagah Berani pada Jun 1996 atas keberanian beliau semasa insiden Guled Hotel di Somalia.

Ikuti wawancara bersama beliau yang menceritakan pengalaman dalam pertempuran menentang pengganas komunis di Sarawak.

Sumber: Youtube Air Times, Airtimes,

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.