Siakap Keli
Gambar: Shah Hussain/Syed Saddiq

(Video) Suara Sebijik Sama, Lelaki Ini Tiru Cara Ucapan Syed Saddiq

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa tak kenal cara Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sering membuat video log (vlog) ketika mempunyai sebarang ucapan atau pengumuman.

Dimulakan dengan tribahasa; Melayu, Mandarin dan Tamil, Syed Saddiq sering memuat naik video-video tersebut di laman sosial miliknya sebagai cara menyampaikan informasi kepada para pengikut beliau.

Cara beliau mendapat perhatian seorang netizen yang bergurau dan melakonkan semula parodi ucapannya.

Seorang pengguna Twitter, Shah Hussain baru-baru ini memuat naik sebuah video parodinya di laman berkenaan, meniru ucapan Syed Saddiq ketika memberi respon terhadap isu dakwaan penyokong Indonesia dibelasah baru-baru ini. Dari cara bercakap sehinggalah suaranya serupa seperti Menteri Belia dan Sukan kita.

“Maaf Syed Saddiq. Saya kena paksa buat ini,” kata Shah sambil mengetag akaun menteri berkenaan dan mengakhiri kapsyen dengan emoji ketawa.

“Assalamua’laikum, dàjiāhǎo, vanakkam.

“Saya sudah maklumkan kepada pihak polis untuk siasat kalau ada pihak dipukul, tolong suruh dia buat laporan ke pihak polis..

“We will ensure that there will be proper and transparent investigation. Keadilan adalah untuk semua. Tidak kira dari Malaysia atau Indonesia. Thank you.”

Video tersebut membuatkan netizen terhibur dengan gelagatnya.

Walaubagaimanapun, parodi berkenaan belum mendapat respon Syed Saddiq.

Jom kita tonton video Shah di bawah.

Video asal

Berikut merupakan video asal permohonan maaf menteri berkenaan susulan kes seorang lelaki didakwa penyokong Indonesia dipukul di Malaysia tempoh hari. Berikutan itu, Kementerian Pemuda dan Olahraga negara berkenaan menuntut permohonan maaf dari Malaysia.

Korang rasa macam mana, sama tak? Apapun, parodi ini hanyalah sekadar gurauan dan bukan berniat untuk mempersendakan sesiapa. Harap tiada yang terasa hati ya.

Sumber: Shah Hussain

Amira

Love yourself.