Siakap Keli

“Bagi Gambar Ruam Kemaluan..,” Konon Nak Bagi Lampin ‘Free’, Individu Didakwa Minta Gambar Kemaluan Bayi Perempuan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pedofilia merupakan salah satu masalah psikologi yang dihadapi oleh seorang individu dewasa atau remaja yang lebih tua di mana mereka lebih tertarik kepada seksual kanak-kanak.

Jenayah seksual ini bukanlah perkara baru untuk seluruh rakyat dunia. Malah ia boleh dikatakan di Malaysia juga terdapat jenayah seperti ini. Pelaku boleh melakukan pelbagai cara untuk memuaskan nafsu mereka.

Paling menyedihkan wanita ini mendakwa dalam satu kiriman di laman Facebooknya tentang anak jagaannya hampir menjadi mangsa pedofilia yang kononnya menyamar sebagai ‘orang baru’ dalam bidang asuhan.

Taktik baru. Nak bagi lampin ‘free’.  Kena send bukti kemaluan anak yang ada ruam baru dapat dari HQ.

Taknak anak lelaki nak yang perempuan je.. Hati-hati kawan semua
Pedofilia kembali lagi. Sebelum ni dia pernah ada kes yang sama. Masuk group geng wasap (Whatsapp) BS kami.

Kononnnya ‘newbie’ sebagai penjaga kanak-kanak

Menurut wanita ini semasa dihubungi, pelaku sebelum ini pernah lakukan perkara yang sama kononnya anaknya mempunyai masalah keputihan dan ingin kepastian orang ramai tentang masalah ini dengan menunjukkan gambar kemaluan anak perempuan.

Tambahnya lagi, taktik lama tersebut sudah ‘di hidu’ oleh orang ramai dan kemudiannya pelaku hilangkan diri dan kembali semula dengan taktik yang baru seperti yang didakwa di atas.

Katanya, gambar yang digunakan pun adalah gambar ‘fake’ bukan gambar sebenar. Jadi, orang ramai dipastikan sentiasa berhati-hati dengan masalah yang berlaku ini supaya korang tidak menjadi mangsa kepada penjenayah pedofilia ini.

Sumber: Facebook

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)