Siakap Keli
Foto: Twitter

Lelaki Datang Konon Nak ‘Repair’ Peti Sejuk, Didakwa Tonton Video Lucah Depan Tuan Rumah

Ketagihan dalam pornografi bukan lagi benda asing dalam kehidupan masyarakat kita. Bahan lucah seakan-akan mudah didapati di media sosial untuk melempiaskan nafsu.

Apa yang lebih parah lagi bila si pelaku memberi ancaman kepada orang sekeliling yang berpotensi menjadi mangsa.

Kisah ini dikongsikan oleh seorang gadis yang memuat naik satu status di laman Twitter tentang seorang lelaki pertengahan tahun didakwa melakukan perkara yang tidak senonoh kepada rakannya ketika dirumah.

“Mohon lebih berhati-hati wanita diluar sana”

Lelaki ini menonton pornografi ketika membaiki peti sejuk di rumah saya. Rakan serumah saya berada di rumah seorang dan lelaki berkenaan sejak berborak lucah dengan kawan saya.

 

Lelaki tersebut bertanyakan kepada rakan serumahnya, pernah melakukan seks tak sebelum ni, apa rasanya untuk pertama kali? Dia juga cerita ketika ‘bersama’ dengan isterinya. 

Dia ada dalam rumah saya 2 jam dan dia tak perbaiki pun peti ais untuk selebihnya yang patut dia perbaiki. Selepas itu, dia duduk dan borak pasal ‘benda tu’ dengan kawan saya.

Okay, video porno yang dia tengok tu tak pakai ‘earphone’ pun. Malah dia buka lagi kuat bunyi ketika menonton video tak senonoh tu dan sentiasa ajak kawan sya untuk tengok video tersebut. 

Bersyukur, kerana dia tak buat apa-apa kat kawan saya. Mungkin kerana kawan saya beritahu lelaki tersebut yang saya dalam perjalanan pulang dan dia kemas barangnya dan keluar dari rumah tersebut. 

Menurut gadis ini, selepas kejadian, dia ada memberitahu kepada agen rumah tersebut. Apa yang mengejutkan, agen minta untuk biarkan saja perkara yang berlaku tadi.

Katanya lagi, ramai yang bertanyakan kenapa rakan serumahnya sahaja ada dirumah . Jawapannya, adalah kerana dia sendiri tidak tahu rakan serumahnya itu berada keseorangan di rumah, kalau dia tahu, dia akan teman rakannya itu.

 

Sumber: Twitter

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)