Siakap Keli

Sekolah Anjur Hari Sarapan Bersama ‘Bapa’, Buat Anak Yatim Merasai Kasih Sayang Seorang Ayah

Setiap tahun, sebuah sekolah menengah Dallas Selatan menganjurkan program “Breakfast with Dads” tapi sayangnya ramai ibu bapa yang tidak dapat hadir serta ada juga pelajar yang tidak mempunyai ibu bapa.

Acara ini bertujuan untuk mendekatkan serta merapatkan hubungan antara pelajar dengan bapa mreka.

Ekoran dengan itu, pihak sekolah menghantar kiriman dilaman Facebook kepada 5o sukarelawan yang boleh menjadi peneman pelajar yang tidak mempunyai bapa atau bapa yang tidak dapat hadir ke acara itu.

“Para pelajar terkejut apabila mereka masuk ke auditorium dan melihat 600 orang di sana semua menunggu mereka,” kata Dove. “Mereka teruja untuk bercakap dengan lelaki-lelaki tersebut dan berbual dengan mereka.”

Sarapan pagi ini termasuk aktiviti suai kenal di mana bapa dan sukarelawan mengajar anak-anak lelaki, berumur 11-13, bagaimana mengikat tali dalam Half Windsor Knot.

Dove berkata selepas sarapan seorang pelajar datang memberitahu, “Saya tidak tahu bahawa saya akan dapat melakukan sarapan pagi, dan saya berjalan keluar dengan mentor!”

“Mengetahui ada seseorang yang ambil peduli akan mereka dapat mengubah kehidupan pelajar, sebagai orang dewasa, kami diletakkan di sini untuk menjadi ejen perubahan untuk kanak-kanak.

Sekarang kita sudah  tahu bahawa  kita mempunyai sekurang-kurangnya 600 orang dewasa yang bersedia menjawab panggilan itu, dan perhatian yang meluas mengenai cerita itu mengesahkan beribu-ribu lagi menunggu peluang yang tepat, “kata Dove.

Sumber : Today 

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)