Siakap Keli

Tular Rakaman Tikus Sedang ‘Lahap’ Ayam Buat Ramai Kembang Tekak

Kebersihan dalam penyediaan makanan untuk dijamah merupakan satu elemen terpenting yang diperlu dijaga oleh semua orang. Perkara ini termasuklah kepada pihak-pihak restoran mahupun kedai makan yang menyajikan pelbagai jenis makanan kepada pelanggan.

Kebersihan premis makanan perlulah dijaga kerana ianya memberikan kesan kepada kesihatan pelanggan malah turut menjejaskan sesiapa sahaja yang menikmati makanan di situ. Menerusi satu perkongsian yang dibuat di laman Facebook, satu rakaman menunjukkan seekor tikus sedang “meratah” ayam yang digantung di salah sebuah gerai makanan di Pulau Pinang.

Melalui rakaman tersebut, pastinya jelas bahawa dua ekor ayam yang digantung tersebut sudah tercemar apabila tikus itu dilihat berada di atas ayam berkenaan.

Kejadian seperti ini sangat membimbangkan dalam kalangan pelanggan yang tidak mahu kesihatan mereka terjejas ekoran makan juadah yang telah tercemar. Apa tidaknya, seekor tikus mempunyai banyak bakteria yang boleh menyebabkan makanan yang disentuhnya menjadi tercemar dan secara tidak langsung boleh menjejaskan kesihatan seseorang yang memakannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kesal dengan kejadian yang berlaku namun ada yang berharap agar perkara ini diselesaikan dengan baik.

“Baik punya dia dok bersantai kat atas”

“Orang tengah ramai pun dia boleh “rabat” dekat ayam tu”

Selain itu, ada juga yang menyuarakan pendapat agar pihak berwajib membuat pemantauan dengan lebih kerap terhadap premis makanan terutamanya yang terdapat di Pulau Pinang. Perkara ini adalah berikutan kebimbangan orang ramai terhadap makanan tercemar yang boleh menjejaskan kesihatan orang ramai.

“Bagitahu la toke kedai tu supaya buang terus ayam tu, satgi naya ja customer makan dapat penyakit kencing tikus”

Sumber: Facebook

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra