Siakap Keli

(Video) Monyet Terjah Kedai Jual Ubat, ‘Mengadu’ Sakit, Badan Luka

Seekor monyet menjadi perhatian orang ramai apabila dipercayai pergi ke kedai ubat-ubatan untuk mendapatkan bantuan kerana mengalami luka pada badan.

Melalui satu video yang dimuatnaik oleh Trendup News di Youtube, kejadian yang berlaku di Mallapur, daerah Bengal memperlihatkan monyet itu mengalami luka di bahagian kaki dan badannya.

Menurut pemilik kedai, Anajum Ajim, monyet itu melompat ke atas kaunter  dan  bagaikan ‘mengadu’ bahawa ia sedang kesakitan.

“Monyet itu seperti sedang kehausan kerana ia minum tiga gelas air dan saya juga memberikan ubat tahan sakit serta meletakkan ubat pada luka di bahu, kaki dan lehernya,” katanya.

Monyet itu melompat dan meninggalkan premis itu setelah sejam berehat di atas kaunter tersebut.

orang ramai yang mengerumuni monyet itu juga kelihatan sangat kagum dan teruja dengan ‘telatah’ monyet yang meminta bantuan untuk merawat lukanya.

https://www.youtube.com/watch?v=h7Qu7AZr_9I&feature=youtu.be

Sumber: Sinar Harian, Trendup News

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra