Siakap Keli

(Video) Willow Si Kucing ‘Sweet’, Setiap Hari Hantar Bunga Rumah Jiran-Jiran Jadi Bualan ‘Mak Cik Bawang’

Pada kebiasaannya kucing sering membawa pulang ‘buah tanga’ seperti lipas, cicak, serangga atau tikus balik kerumah setiap kali ia keluar dari rumah. Namun, berbeza dengan kucing yang bernama Willow.

Willo mempunyai tabiat yang sangat ‘unik’, ia sering berkunjung ke rumah jirannya sambil membawa kuntuman bunga merah jambu sebagai ‘buah tangan’.

Pada mulanya jirannya, Rosie,  menyangka kuntuman bunga yang memenuhi halaman rumah mereka disebabkan tiupan angin. Setelah dimaklumkan oleh jirannya yang lain, baru mereka mengetahui bahawa yang sebenarnya seekor kucing jiran mereka telah membawa kuntuman bunga itu.

 

Hampir setiap hari, kucing Willow ini akan datang membawa kuntuman bunga ke rumah Rosie dan akan masuk kedalam rumah untuk berehat, tidur dan juga makan.

Bukan rumah Rosie sahaja yang akan dikunjungi oleh kucing ini, malah hampir kesemua rumah dikawasan tersebut menjadi ‘sasaran’ Willow. Disebabkan itu, penduduk disitu akan meletakkan kotak berserta makanan bagi kucing itu tidur dan berehat apabila ia datang ‘melawat’.

Sumber: Love Meow 

 

Zetty Amelia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.