Siakap Keli
Foto: Sinar harian

Abu Mayat Mendiang Chin Peng Didakwa Dibawa Pulang Ke Perak 2 Bulan Yang Lalu

Satu laporan berita tempatan mendakwa bahawa abu mendiang bekas pemimpin kanan Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng telah dibawa pulang ke Perak pada bulan September lalu selepas enam tahun kematiannya.

Mengikut sejarah, Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua meninggal dunia pada usia 90 tahun di Thailand selepas di buang dari Tanah Melayu atas Perjanjian HatYai 1989.

Menurut pengurus abu mendiang berkata mereka sudah membawa pulang abu tersebut sejak dua bulan lalu ke Perak.

Katanya lagi, mereka juga menganjurkan majlis peringatan yang dihadiri lebih daripada 150 orang sejurus abu mayat itu tiba di Malaysia.

“Sebahagian abu mayat Chin Peng ditaburkan di laut berhampiran Lumut, Perak serta sebahagian lagi di kawasan hutan banjaran Titiwangsa tanpa sebarang tugu atau jirat.

Terdahulu, Chin Peng pernah memfailkan saman kepada kerajaan Malaysia untuk dirinya dan PKM bagi menuntut kerugian serta menghalang kerajaan Malaysia tidak lagi menyebarkan fitnah tentang mereka.

Namun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak saman tersebut kerana ia permusuhan antara PKM dengan Malaysia atas kerana fakta sejarah dan tidak boleh dinafikan.

Sumber:  Sinar Harian

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.