Siakap Keli

Belum Reda Isu Jalur Gemilang, Tular Dakwaan Bendera Negeri Perak Terbalik Di Jersi Pemain

Tular satu kiriman di laman Facebook rasmi MABA mengenai isu bendera Malaysia  yang ditayangkan di skrin ketika berlangsungnya perlawanan sukan Basketball Malaysia (MABA) di Stadium MABA, Kuala Lumpur.

Terkini,  tular satu gambar lagi menjadi isu, di mana seorang pemain dikatakan memakai jersi wakil daripada Perak. Namun, ia kelihatan aneh kerana bendera yang melambangkan negeri tersebut dipercayai terbalik warnanya.

Untuk pengetahuan anda, warna bendera negeri Perak yang sebenar dimulakan dengan putih, kuning dan diikuti dengan hitam.

Difahamkan  gambar tersebut, bendera perak yang terpapar di jersi pemain tersebut terbalik. Walaubagaimanapun, gambar tersebut telah dipadam dari Facebook rasmi MABA. Namun, gambar tersebut masih boleh dilihat di Facebook Story laman Facebook MABA.

Sumber: Facebook MABA

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.