Sejak semalam, tular di laman sosial mengenai isu bendera Malaysia yang ditayangkan di skrin ketika nyanyian lagu Negaraku dimainkan. Perkara ini adalah kerana bendera Malaysia yang ditayangkan di skrin ketika berlakunya satu acara pembukaan memperlihatkan hanya terdapat 5 bucu bintang di bendera tersebut.
Video ketika nyanyian lagu Negaraku dan memaparkan visual bendera tersebut tular di media sosial dan mendapat kecaman hebat daripada rata-rata netizen. Ada yang mendakwa bahawa perkara sedemikian seolah-olah tidak menghormati Jalur Gemilang.
Terpalit dengan perkara tersebut, pihak bertanggungjawab iaitu Malaysia Basketball Association(MABA) telah memuat naik permohonan maaf melalui akaun Facebook rasmi mereka.
To All Our Fellow Malaysians & Basketball Friends, Tonight was the opening ceremony of the 28th MABA Milo Lum Mun Chak…
Posted by Malaysia Basketball Association on Monday, 25 November 2019
Semasa upacara tersebut, pasukan siaran langsung kami secara tidak sengaja mempamerkan bendera Malaysia yang salah di skrin TV stadium kami.
Kami memohon maaf kerana kesilapan ini, dan kami mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk tindakan sedemikian.
Tolong maafkan kami, kerana kami sentiasa berusaha mengembangkan dan mengembangkan sukan bola keranjang di Malaysia.
Menurut kenyataan permohonan maaf tersebut, pihak MABA menyatakan bahawa kesilapan tersebut adalah secara tidak sengaja dan akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kesilapan itu.
Pihak MABA juga menyatakan kesungguhan mereka untuk terus mengembangkan sukan bola keranjang di Malaysia. Kejadian yang berlaku seperti ini diharapkan tidak berulang lagi.
Sumber: Malaysia Basketball Association