Siakap Keli

Isu Tak Cukup Bucu Bintang Pada Bendera, Ini Respon Permaisuri

Susulan isu bintang lima bucu pada bendera Malaysia yang telah tular, ramai pihak yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan perkara tersebut termasuk Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi ciapan di Twitter miliknya, Cheminahsayang, Raja Permaisuri Agong menyatakan kekesalannya terhadap isu tersebut dan menegaskan tiada siapa yang berhak untuk mengubah bendera tanpa persetujuan Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu sebelum dibawa ke parlimen.

Warganet turut menyatakan kekesalan mereka dan berharap agar pihak yang terlibat dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Dalam pada itu, pihak yang terlibat iaitu Malaysia Basketball Association (MABA) telah membuat permohonan maaf di Facebook rasmi mereka dan akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kejadian itu namun orang ramai masih lagi menuntut agar mereka dikenakan tindakan.

Sumber: Cheminahsayang

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra