Siakap Keli

”Saya Tak Terima Alasan Tersilap Bendera” – Syed Saddiq

Isu bendera Malaysia yang dikatakan ‘tersilap’ kerana hanya mempunyai lima bucu di bintang ketika tayangan di skrin sewaktu nyanyian lagu Negaraku dimainkan, mendapat kecaman hebat ramai.

Pihak bertanggungjawab iaitu Malaysia Basketball Association (MABA), dalam satu kenyataan di Facebook rasmi mereka, telah pun tampil memuat naik permohonan maaf kepada semua rakyat Malaysia.

”Semasa upacara tersebut, pasukan siaran langsung kami secara tidak sengaja mempamerkan bendera Malaysia yang salah di skrin TV stadium kami,” tulis MABA.

Namun, tampil membidas, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melalui akaun media Twitter, menyatakan tidak menerima alasan ”tersilap bendera.”

Tegas Syed Saddiq menurut ciapannya, ini kerana kanak-kanak seusia lima tahun di negara ini sudah mampu mengenali bendera kebangsaan.

Pada masa sama, beliau telah mengarahkan siasatan dijalankan dan tindakan segera diambil kepada pihak yang bertanggungjawab.

Tinjauan mendapati rata-rata netizen menyokong kenyataan beliau dan meminta tindakan tegas diambil untuk dijadikan pengajaran kepada semua.

Dakwa netizen, perbuatan tersebut disifatkan sebagai sesuatu yang melampu dan tidak mencerminkan rakyat negara ini yang menghormati jalur gemilang.

Cubaan terancang dan disengajakan, tolong ambil tindakan tegas

Setuju, denda mereka dengan setimpalnya untuk dijadikan pengajaran

Tahniah Menteri atas ketegasan anda

Sumber : Twitter @SyedSaddiq

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra