Pihak kerajaan telah memperuntukan sejumlah dana bagi membangunkan sekolah-sekolah yang daif di Malaysia untuk dibaik pulih semula. Kerajaan sentiasa berusaha menyediakan prasarana pendidikan yang kondusif untuk pelajar dan guru di semua sekolah.
Menerusi ciapan terbaru Twitter @maszlee iaitu Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik, beliau telah memaklumkan bahawa sebanyak 452 buah sekolah daif daripada jumlah keseluruhan 534 buah telah selamat untuk mula beroperasi.
Untuk pengetahuan semua, daripada 534 buah sekolah daif di seluruh Malaysia, kita sudah berjaya membaik pulih sebanyak 452 buah sekolah (dapat CPC dan boleh mula beroperasi.
Yang tinggal lagi ialah 82 buah sekolah. Doakan!
Untuk pengetahuan semua, daripada 534 buah sekolah daif di seluruh Malaysia, kita sudah berjaya membaik pulih sebanyak 452 buah sekolah (dapat CPC dan boleh mula beroperasi.
Yang tinggal lagi ialah 82 buah sekolah. Doakan!#pendidikanuntuksemua#jalanterus pic.twitter.com/4XgpXcGhKP
— Maszlee Malik (@maszlee) November 26, 2019
Beliau berharap agar semua mendoakan rancangan murni ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Seterusnya membolehkan semua pihak merasainya.
Sumber: Maszlee Malik