Siakap Keli

“Tak Sempat Beli Kek,” Cik Suami Paling Sweet, Beli Burger ‘Special’ Untuk Hari Lahir Isteri

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap yang berkahwin mesti mengimpikan kejutan atau pun hadiah yang istimewa dari pasangan ketika menyambut ulangtahun perkahwinan mahupun ulangtahun kelahiran.

Namun tidak semua orang berkemampuan untuk membuat kejutan yang yang mewah dan mahal.

Baru-baru ini, seorang lelaki tular di laman sosial Twitter keran menghadiahkan isterinya sebiji burger sempena ulangtahun kelahiran isterinya itu.

Menerusi tweet yang dikongsi oleh @ammnslhn, lelaki itu tidak sempat pergi ke kedai untuk membelikan kek untuk meraikan hari jadi isterinya. Jadi dia beli burger tersebut sebagai pengganti kek untuk buah hatinya itu.

Perkongsian itu telah meraih lebih 33 ribu Retweets dan hampir 30 ribu likes.

Rata-rata netizen meninggalkan komen yang positif di ruangan komen tersebut.

Manisnya, sekarang susah nak jumpa la yang setia sampai tua ni..

Betapa mudah dan murahnya nilai untuk menghargai. Tak susah dan tak mahal

Bukan senang tau nak jumpa lelaki yang ingat birthday kita..

Kisah tular lelaki ini telah sampai ke Secret Recipe dan mereka telah bersetuju untuk belanja lelakiĀ  ini dan isterinya amkan secara percuma di Secret Recipe.

Jadi tidak susah sekiranya hendak mengahrgai pasangan atau ingin membuat pasangan gembira. Anda cuma perlu menghargai dengan apa yang ada disekeliling anda.

Sumber : Twitter

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)