Siakap Keli

(Video) ”Harry Potter Punya Graduasi Ke Ni?” Graduan Sempat Lagi Buat Magik Depan Kamera

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Majlis konvokesyen merupakan hari yang ditunggu oleh setiap graduan universiti. Segala penat lelah dan usaha mereka selama ini umpama terbayar apabila menerima segulung skrol. Pastinya pelbagai riak kegembiraan graduan dapat dirakam di hari bersejarah ini.

Namun, gelagat seorang graduan ketika sedang berjalan memasuki dewan konvokesyen di sebuah universiti tempatan, baru-baru ini, mencuri tumpuan ramai netizen.

Menerusi video yang dimuat naik di Twitter @ufakhrul, pelajar berkenaan yang sedang berbaris sempat menunjukkan aksi silap mata menggunakan kad selama beberapa saat.

Ketika lensa kamera diarahkan kepadanya, pemuda itu secara spontan menunjukkan tangan yang kosong sebelum kad dikeluarkan secara tiba-tiba, umpama ahli silap mata yang sedang beraksi.

Rata-rata netizen yang terhibur, menyifatkan gelagat pemuda berkenaan umpama filem ‘Harry Potter’ yang sedang menyambung pengajian di Hogwarts.

Difahamkan, pemuda yang mempunyai ijazah dalam ‘Urban and Regional Planning’ dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu, merupakan seorang ahli silap mata secara part-time. Patutlah hebat dan nampak ‘cool’ je!

Harry Potter punya graduasi

Ngam pulak dengan muzik time keluar kad tu

Lepas ni sambung belajar dekat Hogwarts

Sumber : Twitter @ufakhrul

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.