Siakap Keli

(Video) Masa Promosi Kata Rumah Ada Tasik, Pembeli Kesal Pemaju Hanya Buat Tasik Palsu Guna Plastik

Sudah pasti memiliki rumah idaman menjadi impian setiap orang. Rumah yang dilengkapi landskap yang cantik dan indah mengikut ciri-ciri yang diinginkan seperti mempunyai kolam yang membiru dan taman-taman yang menghijau.

Baru-baru ini tular apabila keterujaan beberapa orang pembeli kediaman mewah di Changsha, China lebur selepas mengetahui landskap kediaman yang mereka beli itu bukan landskap asli seperti yang dipromosikan oleh syarikat pemaju sebelum ini.

Kejadian itu telah menimbulkan kemarahan dan ketidak puasan hati pembeli-pembeli rumah itu.  Ia sangat berbeza dengan apa yang mereka gambarkan di atas talian.

Memetik Portal South China Morning Post, taman yang sepatutnya dipenuhi rumput yang menghijau hanya dihiasi dengan susunan batu dan tasik yang membiru hanya diperbuat daripada plastik.

Jika dilihat dari sudut atas, ia menampakkan suatu pemandangan landskap membiru yang sangat cantik.

Namun begitu, gambaran rumah yang dilengkapi dengan ‘tasik’ di tengah taman itu hanya hamparan biru yang diperbuat daripada plastik yang berwarna biru serta terdapat jambatan mini.

Bagaimanapun, syarikat pemaju itu kemudian menjelaskan pihaknya tidak menjanjikan kediaman mewah itu. Sebaliknya, landskap itu sebagai perhiasan sahaja.

Sumber: South China Morning Post

 

 

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)