Siakap Keli
Gambar: FAM, FB Support Malaysia League (MSL)

Dalam Tv Macam Betul, Tular Gambar Kerusi Stadium Sukan Sea Filipina Sebenarnya Hanya Tanda Cat?

Tuan rumah bagi Sukan SEA 2019 di Filipina untuk tahun ini terus dikritik hebat oleh sebahagian pengamal media selepas pelbagai permasalahan timbul.

Masalah ini dikatakan berpunca daripada ketidaksediaan Filipina dalam menganjurkan temasya dwitahunan bagi kali yang ke-30 itu.

Permasalahan seperti pertukaran venue di saat akhir, venue perlawanan yang sedang dan masih diselenggara, masalah logistik serta tiada kemudahan internet adalah antara kelemahan yang dapat dilihat.

Baru-baru ini tular satu foto memaparkan tempat duduk penonton di sebuah stadium yang didakwa tidak mempunyai kerusi sebaliknya hanya dicat.

Ia dipercayai seolah-olah bagi menampakkan infrastruktur tersebut wujud di dalam kaca televisyen.

Gambar: FB Support Malaysia League (MSL)

Rata-rata netizen yang melihat foto berkenaan dengan hal itu menzahirkan rasa kekecewaan serta sedih dengan persediaan yang dibuat oleh tuan rumah terhadap acara sukan yang termahsyur membabitkan negara-negara di Asia Tenggara itu.

Macam tak bersedia

Wakil pegawai kena check

Standard pertandingan laga ayam

Bata kaki lima

Sarapan ala kadar

Macam nak tak nak anjurkan

Sumber: Support Malaysia League (MSL)

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.