Siakap Keli
Foto: Aljazeera

Israel Serang Semenanjung Gaza, Selepas 2 Minggu Genjatan Senjata

Satu serangan balas daripada Israel terhadap tentera di Semenanjung Gaza berlaku menandakan ‘hari kemarahan’ bagi pihak Israel.

Menurut tentera Israel, serangan balas melalui udara ke Selatan Gaza termasuklah tempat kemudahan pembuatan senjata. Sekurang-kurangnya, dua tapak di Hamas terkena serangan tersebut.

Menurut tentera, serangan itu tindak balas terhadap dua roket yang dilancarkan ke arah Israel , bagaiamanpun satu daripadanya berjaya dipintas oleh sistem anti-peluru berpandu ‘Iron Dome’.

Menurut sumber daripada AFP berkata, tiada laporan kecederaan dilaporkan hingga sekarang.

Serangan itu tercetus selepas insiden kedua pada minggu ini yang menggegarkan tempat kejadian selepas gencatan senjata yang dipimpin oleh Mesir dan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mengakhiri pertempuran terakhir.

Insiden ini berlaku selepas dua minggu perjanjian tidak rasmi berkaitan renjatan senjata antara Israel dan pemimpin jihad Islam tersebut.

Sumber: Aljazeera

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)