Siakap Keli

Lelaki Tekan Leher Anak, Tumbuk Kepala Isteri Gara-Gara Berang Tidur Terganggu

Seorang bapa yang berusia 25 tahun bertindak kejam apabila dia dikatakan telah mengalami tekanan ekoran anak kecilnya yang sering menangis. Perbuatan bapa muda itu telah menyebabkan anak kecilnya muntah susu sejurus selepas ditekan di bahagian leher.

Tidak cukup dengan itu, dia juga didakwa menumbuk isterinya yang berusia 20 tahun. Walaupun telah diserang oleh suaminya, perempuan muda bergelar ibu itu telah berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis terhadap perbuatan suaminya.

Menurut portal Today Online, siasatan telah mendedahkan bahawa lelaki itu cuba untuk tidur lebih awal pada waktu itu. Namun, disebabkan terganggu dengan bunyi tangisan anaknya, lelaki berkenaan tidak dapat melelapkan mata.

Kemudian, suspek bertindak menjerit kepada isterinya dan mengugut untuk memukul mereka berdua sebelum kembali tidur.

Sekitar jam 3 petang, lelaki itu mengarahkan isterinya untuk meletakkan anaknya di sebelah. Namun, selepas beberapa ketika, dia terkejut melihat leher anak kecilnya itu sedang ditekan oleh suaminya. Dia cuba untuk mengambil bayi itu namun enggan diserahkan oleh suaminya dan menyebabkan mereka bergelut.

Cemas dengan tindakan suaminya, wanita tersebut cuba meminta bantuan beberapa saudara. Disebabkan rasa marah lelaki berkenaan, dia turut bertindak menumbuk dahi isterinya.

Setelah berjaya melepaskan diri, wanita berkenaan dibawa ke hospital dan dikesan mengalami kecederaan kecil dibahagian kepala. Bayi malang itu turut dirawata dan disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber: Today Online

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra