Siakap Keli
Gambar Hiasan

Lepas Subjek Add Math, Ada Pihak Buat Petisyen Minta Turunkan Markah A+ Sejarah SPM Sampai 50%

Siapa saja mesti inginkan kejayaan dalam mencapai sesuatu dengan usaha yang menggunung dan bertungkus-lumus dalam mengejar kejayaan tersebut.

Sebagai bekas pelajar sekolah, keputusan cemerlang dalam peperiksaan sangat dititikberatkan. Bahkan untuk mencapai kejayaan tersebut perlukan usaha yang lebih.

Seperti yang tular pada hari ini, kebanyakan pelajar seakan-akan ‘lemak’ dalam mencapai apa jua kejayaan mereka. Ya, sebelum ini satu petisyen untuk dapatkan markah 5% Matematik Tambahan untuk lulus.

Terkini, satu petisyen dibuat untuk menurunkan markah pendidikan Sejarah kepada 50 % untuk dapatkan markah A+. Tidak masuk akal, namun itulah yang dimohon oleh pihak yang tidak diketahui identitinya.

Mengikut rekod ini, hampir 15,000 orang menyokong petisyen yang dikeluarkan ini.

Rata-netizen meluahkan rasa tidak senang dan menjadi bahan ‘ketawa’ di laman Twitter dengan petisyen yang dianggap tidak menjana apa-apa kepentingan kepada orang lain.

“Tolonglah jangan downgrade”

“Sejarah pun nak buat melampau lah”

” Kalau nak buat petition pun biarlah yang logik akal sikit”

“Hari hari istighfar tengok news mcm ni.”

 

Sumber: Twitter, Petisyen

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.