Siakap Keli
Foto: Bernama

Mahkamah Tolak Rayuan, Farid Kamil Dijatuhkan Hukuman Penjara 9 Bulan

Pelakon terkenal dengan lakonan mantap beliau, Farid Kamil sekali lagi dijatuhkan hukuman penjara 9 bulan bermula hari Khamis minggu lalu.

Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan pelakon tersebut untuk mengetepikan hukuman penjara selama 9 bulan tersebut.

“Hukuman penjara terhadap tertuduh berkuat kuasa sejak Khamis minggu lalu,” jelas Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Nazneen Zulkifli kepada pemberita.

Terdahulu, Farid dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan selepas  disabitkan dengan keslaahan mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC) tahun lalu.

Bagaimanapun, selepas 35 hari hukuman penjara Kajang, Hakim Mahkamah Tinggi membenarkan tangguhan hukuman terbabit selepas rayuan difailkan pelakon berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Farid didakwa menggunakan dadah pada jam 4.30 petang di Pejabat Narkotik Petaling Jaya dalam Daerah Petaling Haya pada 11 januari 2018.

Sumber: Awani

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.