Siakap Keli

Tak Perlu Menyelam Di Musim Tengkujuh, Anak-anak Pun Boleh Lihat Keindahan Hidupan Lautan Di Sini

Menjelang musim cuti sekolah ini, pasti anda ingin bawa anak-anak ke tempat menarik kan? Yelah, dah dekat setahun asyik fokus belajar je, waktu nilah masanya untuk kita bawa mereka tengok dunia luar selain bilik darjah, kan?

Kalau diberi pilihan kepada anak-anak, pasti ramai yang sukakan air terjun, bukit ataupun pantai. Boleh main air, berenang, berkelah.

Tapi, tengah musim tengkujuh dan cuaca tak menentu ni, bahaya juga sebenarnya. Banyak kes kepala air berlaku tiba-tiba serta boleh meragut nyawa. Tak kira lagi kes tanah runtuh sebab hujan sampai halang laluan. Bahaya!

Tengok ramalan kaji cuaca pun, hampir setiap hari ada amaran ribut petir atau hujan lebat di kebanyakan negeri seluruh negara.

Macam mana ni? Anak-anak dah excited nak bercuti, takkan nak kecewakan pulak? Hurm..

Jangan risau, mama papa. Kami ada cadangan destinasi yang korang boleh bawa anak-anak tengok hidupan laut secara dekat, tak perlu risau lagi hujan lebat ribut kencang kat luar.

Untuk pengetahuan korang, The Shore Oceanarium Melaka bakal membuka Fasa 2 dinamakan Spring In The Ocean dengan lebih banyak tarikan bermula 1 Disember nanti. Nak tau apa yang menarik?

The Shore Oceanarium Melaka menyajikan pengalaman interaktif luar biasa untuk anak-anak mempelajari ekosistem bumi dan menerokai pelbagai hidupan di darat dan lautan.

akuarium ikan

Apa yang bestnya kat Fasa 2 The Shore Oceanarium Melaka ni? 

Lokasi istimewa yang dibuka setiap hari pada 10.30 pagi sehingga 9 malam ini menyediakan pelbagai ruang aktiviti menarik iaitu;

1. Oceanarium’s Aquarist Lab

Yang bestnya, anak anda boleh melihat sendiri penjagaan ikan-ikan di sana secara sebalik tabir di Oceanarium’s Aquarist Lab.

2. Terowong dunia bawah air
Mereka juga boleh ‘berkenalan’ dengan ikan-ikan yang hidup di celah terumbu karang indah secara dekat di Ray Tunnel dan Schooling Fish Tunnel.

  1. Music Sound of the Sea

Bukan tu sahaja, mereka juga boleh menghayati keindahan lautan ditemani bunyi lautan dalam disertai muzik serta lampu LED air bubble curtain yang memberi mood mengasyikkan seolah-olah sedang menyelami lautan di Music Sound of the Sea.

Selain itu, The Shore Oceanarium Melaka turut mempunyai Infinity Aquaroom, Kids Dome Aquarium dan Genomic DNA Extraction’s Fluorescent Fish Exhibit serta Underwater Cultural Remix Mural Art.

mural glow in the dark

Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 ini, anda boleh mendapatkan tiket pada harga RM40 bagi dewasa manakala RM 30 untuk kanak-kanak berusia tiga hingga 12 tahun serta warga emas berusia 60 tahun ke atas sepanjang tahun.

Menariknya, setiap pembelian 1 tiket ini, korang akan dapat 1 tiket percuma taman interaktif Virtual Reality (VR) dan Augmented Reality (AR). 1 tiket, 1 harga, untuk dua tempat. Haa.. berbaloi kan?

Sepanjang 2020 ini, harga untuk Fasa 2 akan sama sahaja dan tiada sebarang pertambahan. Jadi, jangan lepaskan peluang ini.

Untuk sebarang maklumat lanjut, korang boleh kunjungi laman Facebook mereka atau laman web rasmi The Shore Oceanarium Melaka. Korang juga boleh menghubungi talian 06-2829966 atau 06-2831003 (Fax).

Jadi apa tunggu lagi? Tak perlu pening lagi fikir tempat menarik untuk bawa keluarga semasa cuti sekolah ini. Cepat-cepat atur plan korang ke bandar bersejarah ini dan kunjungi The Shore Oceanarium Melaka ya! Selamat bercuti!

Cepat-cepat dapatkan tiket ke sini. Rugi singgah bandaraya ni kalau tak jejak The Shore Oceanarium Melaka.
Fasa 2 The Shore Oceanarium Melaka: Spring In The Ocean akan dibuka 1 Disember ini.

Amira

Love yourself.