Siakap Keli

(Video) Lebih 200 Ribu Tontonan, Terhibur Tengok Kucing Sedih Lepas Kena Marah Dengan Mama

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kucing adalah haiwan yang sangat comel dan digemari ramai. Ada sahaja gelagatnya yang mampu mencuit hati siapa yang memandang.

Begitulah seperti yang dikongsikan oleh seorang pemuda kepada pemilik kucing apabila ‘si bulus’ kesayangannya berkelakuan seperti sedang merajuk apabila dimarahi oleh ibu ‘mereka’.

Menerusi video yang dimuat naik, kucing yang dikenali sebagai Homak itu tidur dalam keadaan menutup muka sebelum dikejutkan oleh tuannya itu.

Rakaman yang berdurasi 36 saat itu mencuri hati ramai netizen dan menjadi tular di media sosial. Dalam tempoh beberapa jam sahaja dimuat naik, ianya telah mendapat lebih 200 ribu tontonan dan 22 ribu ulang kicau (retweets).

Merajuk kena marah dengan mama

Rata-rata netizen yang mengakui terhibur dengan video tersebut tidak dapat menahan rasa ‘geram’ mereka dengan teletah Homok. Ramai juga pemilik yang berkongsikan gambar kucing mereka yang gemar merajuk apabila kena marah. Amboi pandainya!

Apa pun, memang comel betul si Homok ini. Kami doakan Homok terus sihat dengan teletah ‘merajuk’nya yang menghiburkan hati ramai!

Rambut belah tengah mesti budak baik

Kucing aku tak macam ni pun

Amboi, nampaknya ‘ramai’ yang suka merajuk ni! 

Sumber : Twitter @JasmieAiman

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra