Siakap Keli
kredit Foto: The sun

(Video) Wanita Terkejut Bayang Persis Mendiang Bapa Dalam Ujian Ultrasound

Seorang wanita hamil lima bulan di San Diego terkejut kerana hasil ujian ‘ultrasound’ yang dilakukannya memperlihatkan kelibat persis mendiang bapa sedang mencium anak didalam kandungannya.

Selepas memuatnaik gambar tersebut di media sosial, orang ramai atau warganet berkata seperti ada ‘malaikat’ sedang mencium anaknya.

Carillo kemudia sedar bahawa ‘individu’ di dalam gambar tersebut bukan orang sebarangan kerana dia percaya bahawa itu merupakan mendiang ayahnya.

Bagi menguatkan lagi teori dan gambaran tersebut, dia mengeluarkan gambar lama memperlihatkan sosok ayahnya sedang mendukung dirinya semasa kecil. Apabila kedua gambar itu diletakkan bersebelahan, persamaannya sangat luar biasa.

“Dia mempunyai hidung, pipi yang ‘chubby’, ‘double chin’ dan ayah saya selalu memakai topi sepanjang masa.

“Ia memang kelihatan seperti topinya dan bibirnya juga menyentuh bibir bayi saya dengan cukup sempurna,” katanya.

Menurut Carrillo, ayahnya mungkin tidak dapat bersama untuk melalui proses kehamilan namun dia menyimpan ‘momen’ istimewa yang membuatkan dirinya terus merasai kehadiran lelaki bergelar ayah.

Carrillo dijangka akan melahirkan anaknya pada bulan April tahun depan iaitu beberapa hari sebelum hari jadi mendiang ayahnya.

Sumber: Fox 

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra