Siakap Keli
Gambar : FB Masjid Temerloh Jaya

(Video&Gambar) Kagum, Ini Masjid Termeriah, Jemaah Solat Subuh Macam Solat Jumaat

Sebuah masjid di Temerloh, Pahang, dikatakan meriah menerima kunjungan ramai jemaah setiap solat waktu meskipun pada waktu Subuh.

Masjid Temerloh Jaya (MTJ) itu, menjadi tular di media sosial sejak semalam apabila dikongsikan oleh rata-rata warganet yang teruja dengan jumlah jemaah yang membanjiri masjid berkenaan.

Melalui gambar yang dimuat naik di Facebook rasmi Masjid Temerloh Jaya, jumlah jemaah adakalanya dilihat ‘melimpah’ keluar walaupun mampu memuatkan sehingga 800 orang jemaah dalam satu masa.

Solat Subuh macam solat Jumaat

Gambar : FB Masjid Temerloh Jaya
Gambar : FB Masjid Temerloh Jaya
Gambar : FB Masjid Temerloh Jaya
Gambar : FB Masjid Temerloh Jaya

Pelbagai aktiviti yang diadakan di masjid

Gambar : FB Masjid Temerloh Jaya
Gambar : FB Masjid Temerloh Jaya
Gambar : FB Masjid Temerloh Jaya
Gambar : FB Masjid Temerloh Jaya
Gambar : FB Masjid Temerloh Jaya
Gambar : FB Masjid Temerloh Jaya
Gambar : FB Masjid Temerloh Jaya
Gambar : FB Masjid Temerloh Jaya

Tinjauan mendapati rata-rata netizen memuji usaha pengurusan masjid yang dilihat sangat memainkan peranan penting dalam menarik kehadiran jemaah yang ramai.

Malah, Masjid Temerloh Jaya dikatakan boleh menjadi contoh ikutan ataupun ‘benchmark’ kepada masjid-masjid di seluruh negara ini.

”Moga jadi ikutan kepada masjid lain..”

”Alhamdulillah, suka sangat melihatnya..”

”Selalu singgah zohor kat sini memang penuh selalu jemaah”

Tonton video di bawah :

Sumber : Facebook Masjid Temerloh Jaya

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra