Siakap Keli

”Abang Merayu, Jangan Cederakan Diri Kamu…” Mesej Terakhir Bintang KPOP Goo Hara & Abangnya Tersebar

Kematian bekas anggota kumpulan K-pop wanita terkenal Korea Selatan, Goo Hara, di kediamannya di Cheongdam, pada 24 November lalu, ternyata mengejutkan ramai.

Sehari sebelum ditemui meninggal dunia, penyanyi berusia 28 tahun itu juga sempat berkongsi sekeping gambar kepada peminat di Instagram miliknya berserta ucapan ‘selamat malam’ yang terakhir.

A man pays tribute at a memorial altar as he makes a call of condolence in honour of the K-pop star Goo Hara at the Seoul St. Mary’s Hospital in Seoul, South Korea November 25, 2019. Chung Sung-Jun/Pool via REUTERS

”Abang merayu kepada kamu…”

Terbaru, menerusi laporan sumber, pada 27 November, abang kepada penyanyi tersebut telah mendedahkan salah satu mesej terakhir antara mereka berdua.

Dalam perbualan yang menyentuh hati ramai itu, abangnya dilihat seakan meminta adik kesayangannya untuk terus bertahun dan menyatakan bahawa dia menyayangi Hara.

Abang : Abang merayu kepada kamu. Jangan fikirkan mengenai perkara buruk dan jangan tercedera. Kekal sihat dan seiring waktu berlalu, berkahwinlah, dapatkan anak dan nikmati hidup kamu dengan baik. Bila kamu merasa sedih, luahkan dengan menangis sepuasnya dan lepaskan semuanya. Abang sayang kamu, adik.

Hara membalas mesej tersebut dengan ringkas, meminta supaya abangnya tidak risau akan keadaan dirinya itu.

”Saya sayang abang..”

Hara : Saya sayang abang! Jangan risau!

Abang : Abang tahu kamu mesti sedih, hati abang pun sedih juga. Makan makanan yang sedap di Jepun.

Perbualan terakhir antara mereka itu membuatkan ramai yang tersentuh dan rata-ratanya percaya bahawa mesej tersebut adalah susulan kepada kematian sahabat baik Hara iaitu Sulli, beberapa mingggu sebelum itu.

Sumber : allkpop

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.