Siakap Keli
Gambar: Thai Visa

Anak Kejam Didakwa Kerat Lima Badan Ibu, Sumbat Dalam Peti Sejuk Sebelum Bunuh Diri

Seorang lelaki berusia awal 20-an bertindak di luar kawalan apabila didapati telah membunuh ibunya sendiri. Lebih menyayat hati, mayat ibunya itu telah dikerat kepada lima bahagian sebelum disimpan ke dalam peti sejuk rumahnya.

Di samping itu, pihak polis tempatan juga telah menemui bahagian dada wanita berkenaan di dalam tandas. Kejadian yang berlaku di barat daya Bangkok itu melibatkan seorang wanita yang bekerja di salah sebuah syarikat kewangan yang tinggal bersama anak lelakinya berusia 20 tahun.

Gambar: Sanook

Perbuatan tersebut terbongkar apabila rakan kepada mangsa cuba menghubunginya setelah mangsa tidak hadir ke tempat kerja tanpa memberikan sebarang makluman. Kemudiannya, rakan mangsa ke rumah wanita tersebut dan mendapati hanya terdapat anak lelaki rakannya itu.

Menurut rakan mangsa, anak lelaki itu mengatakan bahawa ibunya tiada di rumah sedangkan kereta milik mangsa berada di luar rumah. Setelah disiasat sekitar rumah, rakan mangsa menjumpai beberapa bahagian tubuh badan di dalam peti sejuk. Antara bahagian yang dimaksudkan ialah kepala, badan, lengan dan kaki.

Terkejut dengan penemuan itu, rakan mangsa telah menghubungi pihak polis sebelum mendengar satu das tembakan yang dilepaskan. Setelah ditinjau, anak lelaki mangsa telah menembak dirinya sendiri dan dipercayai bertujuan untuk membunuh diri.

Gambar: Thai Visa

Menurut pihak polis, suspek masih hidup selepas tembakan itu dan terus dikejarkan ke hospital. Walau bagaimanpun, lelaki muda berkenaan telah dilaporkan meninggal dunia ekoran kesan tembakan itu. Menurut laporan media tempatan, telah dilaporkan bahawa lelaki berkenaan mempunyai penyakit mental. Antara penyakit yang dikenal pasti adalah paranoia dan kemurungan yang menyebabkan dia bertindak diluar kebiasaan.

Sumber: Thaivisa / Sanook

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa