Sekiranya di Malaysia, kanak-kanak berusia 12 tahun berada di sekolah rendah dan bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Usia ketika ini boleh dikatakan belum matang untuk membuat satu keputusan besar dalam hidup.
Namun tidak bagi seorang kanak-kanak di India yang sudah pun bergelar saintis data di sebuah syarikat.
Kanak-kanak tersebut bernama Siddharth Srivastav Pilli menjadi saintis data di sebuah syarikat perisian di Hydrebad.
Biarpun usianya masih muda, semua ini bukan penghalang untuk dirinya bekerja disitu.
Dia juga yang masih bergelar pelajar kelas 7 di Sekolah Sri Chaitanya berkata bahawa bapanya adalah insan yang membantu menjadikannya seperti hari ini.
Kisah bagaimana dia boleh berminat menceburi bidang ini adalah keraan dia ingin mengetahui bagaimana game yang dimainkannya itu berfungsi.
Bermula dari situ, bapanya menyuruh dia untuk membuat kajian bagaimana untuk membina game.

Selepas belajar mengenai coding, dia mula membina game dan menyiarkan di dalam siaran Youtube miliknya.
Siddhart Srivastav Pilli turut dipilih menjadi saintis data di syarikat bernama Motaigne Smart Business Solutions.
Sumber : Hindustantimes