Seorang bayi lelaki berusia 11 bulan kini berjuang untuk hidup setelah lemas di dalam tab mandi dalam kejadian di Bangkok, Thailand.
Bayi malang itu ditemui tidak sedarkan diri oleh pengasuhnya yang kemudian bergegas membawanya ke hospital. Bayi itu dilaporkan mengalami kekurangan oksigen ke otak yang berkemungkinan menyebabkan kerosakan otak.
Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan telah berhenti bernafas dan jantungnya terhenti selama 18 minit.
Menurut ibu bapa mangsa, kejadian itu berlau ketika mereka tiada dirumah kerana pergi mengajar. Mereka tidak menolak kemungkinan insiden itu berlaku ketika pengasuhnya ingin memandikan bayi malang itu.
Pengasuhnya juga dikatakan bimbang tentang api dapur yang masih menyala memandangkan abang mangsa yang berusia dua tahun berkemungkinan berada disitu.
Malah ibu bapa bayi itu juga mengandaikan bahawa ketika kejadian itu, bayi mereka telah membuka paip sebelum tergelincir.
Namun begitu, bayi itu dilaporkan dalam keadaan stabil dan berada di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta selama seminggu dan dijangka terus mendapatkan rawatan selama 10 hingga 14 hari lagi.
Sumber: The Sun