Siakap Keli

Berapa Lama Nak Kena Pakai Pendakap Gigi? Ini Jawapannya

Biasanya mereka yang mengalami masalah gigi, akan menggunakan alternatif yang paling mudah dengan menggunakan pendakap gigi untuk membaik pulih gigi yang bermasalah dan rosak itu.

Apa itu pendakap gigi?

Sebelum itu, kita perlu tahu terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pendakap gigi atau braces ini. Ia adalah sejenis alatan yang digunakan pada gigi untuk membetulkan kedudukan gigi yang tidak teratur. Secara saintifiknya, pemakaian pendakap gigi dikenali sebagai ortodontik dan ia hanya boleh dilakukan oleh pakar pergigian yang diiktiraf.

Siapa yang perlu menggunakannya?

Dalam erti kata yang mudah, individu yang mempunyai masalah susunan gigi tidak teratur perlu menggunakan braces untuk membetulkan kedudukannya. Namun, anda sendiri tidak boleh menilai sama ada gigi anda memerlukan rawatan ortodontik atau tidak. Keperluan untuk menlakukannya adalah bergantung kepada tahap keterukan gigi anda. Jadi, sila rujuk pakar.

Berikut merupakan gambaran tahap keterukan gigi berserta keperluan untuk menggunakan pendakap gigi:

Gred 1 hingga 4: Tidak perlu rawatan atau sedikit keperluan untuk rawatan

Gred 5 hingga 7: Sederhana

Gred 8 hingga 10: Perlu rawatan

Berapa lama perlu menggunakannya?

Berbalik kepada persoalan utama artikel, berapa lama braces perlu dipakai sebenarnya? Menurut Dr. Radolsky yang merupakan pakar pergigian dari Amerika, ia adalah bergantung kepada beberapa faktor:

  • Jenis rawatan

Maksudnya di sini adalah jenis braces yang pesakit gunakan. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai pilihan jenis pendakap gigi seperti metal bracesceramic braces dan clear braces. Kesemuanya ini memerlukan tempoh masa yang berbeza untuk membetulkan kedudukan gigi pesakit.

  • Usia pesakit

Pesakit yang lebih muda (kanak-kanak dan remaja) cenderung untuk mendapatkan hasil dengan lebih cepat kerana rahang mereka masih dalam proses membesar, maka lebih mudah gigi untuk dibetulkan. Pesakit yang lebih tua atau dewasa pula sudah tentu akan mendapatkan hasil yang sedikit lambat. Namun, terdapat juga faktor lain yang menentukan tempoh ini.

  • Tahap keterukan masalah gigi

Antara faktor yang memainkan peranan penting dalam penentuan tempoh masa pemakaian braces adalah tahap keterukan masalah gigi anda. Jika gigi pesakit mempunyai masalah spacing atau crowding yang agak teruk, maka akan lebih lama pesakit perlu menggunakan pendakap gigi.

Secara kasarnya, pendakap gigi mungkin akan dipakai selama 1 hingga 3 tahun, bergantung kepada individu. Selepas ia dibuka pula, pesakit masih perlu memakai retainer sekurang-kurang 6 bulan, semasa sedang tidur.

Konklusi

Kesimpulannya, tiada tempoh yang tepat untuk seseorang itu perlu memakai pendakap gigi. Segalanya sebenarnya sangat bergantung kepada beberapa faktor yang melibatkan individu itu sendiri. Namun, kebiasaannya ia akan dipakai selama 1 hingga 3 tahun.

Sudah terjawab persoalan Haziq tadi, bukan? Diharapkan Syafiq juga sentiasa bersabar dalam menjawab setiap persoalan yang diterima mengenai tempoh pemakaian braces pada giginya. Buat anda yang ingin memakainya pula, bersedialah untuk menjawab soalan seperti ini, ya?

Sumber: Hello Doktor

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)