Siakap Keli

Berkaki Ayam, Lelaki Ditahan Dipercayai Pukul Kenderaan Lalu Lalang Guna Tukul

Seorang lelaki warga emas ditahan pada Rabu semalam kerana dipercayai menggunakan tukul untuk memukul kenderaan yang lalu lalang di atas jalan raya.

Menerusi satu video yang telah tular di media sosial, kejadian yang berlaku di Jalan Bedok Utara itu memperlihatkan lelaki tersebut berjalan dengan ‘berkaki ayam’.

Dia memukul bahagian depan sebuah lori yang sedang melalui jalan tersebut dan pihak polis menahannya tidak lama selepas itu.

Lelaki yang berumur 66 tahun itu akan didakwa di mahkamah pada hari ini (khamis) atas tuduhan bertindak kasar dan membahayakan kehidupan dan keselamatan orang lain.

Tiada orang awam yang dilaporkan cedera dalam kejadian ini.

Siasatan masih lagi dijalankan dan Pihak polis juga akan membuat permohonan  reman serta membawa lelaki yang dipercayai tidak waras itu menjalani ujian psikiatri di Institut Kesihatan Mental.

Sumber: Channel News Asia

Sofea

There's always another side to every story

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.