Pelakon kacukan Taiwan-Kanada, Godfrey Gao disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika penggambaran di Zhejiang, Timur China.
Agensi JetStar Entertainment berkata dalam satu kenyataan mengesahkan berita sedih ini dalam laman Weibo.
Godfrey atau nama sebenarnya Tsao Chih-hsiang disahkan meninggal dunia selepas 15 minit tiba di hospital kerana degupan jantungnya terhenti.
Menurut Pengerusi Jabatan Perubatan Kecemasan Taiwan, ia berdasarkan gaya hidup Godfrey yang sering dibebani kerja selain gemar berjaga hingga lewat malam.
Menurut Tencent News China, seorang penonton mendengar Gao berteriak ‘Saya tidak boleh teruskan lagi’ sebelum dia rebah di set pengambaran tersebut. Tambahnya lagi, Gao dikatakan tidak sihat namun meneruskan penggambaran sehingga 17 jam dari 8.30pagi sehingga keesokan harinya pukul 1.45 petang.
Bagaimanapun, mayat mendiang Gao dibawa pulang ke Taiwan hari ini diringi keluarga dan teman wanitanya.
Terdahulu, Gao dilantik menjadi model pertama Asia untuk Louis Vuitton.
Sumber: Dailymail