Siakap Keli

Jiran Dakwa Dah Tak Nampak Suami Sejak 11 Tahun Lepas, Mayat Akhirnya Ditemui Dalam Peti Sejuk

Penemuan mayat seorang wanita warga emas di kediamannya di Utah, Amerika Syarikat selepas kelibatnya tidak kelihatan lebih dua minggu oleh pekerja penyelenggaraan bangunan telah membongkarkan rahsianya yang disimpan 11 tahun yang lalu.

Pemeriksaan oleh pegawai kebajikan menemukan mayat wanita warga emas itu di dalam rumah.
Namun kunjungan mereka menemukan satu lagi perkara yang lebih mengejutkan iaitu penemuan mayat suaminya yang disumbat dalam peti sejuk.

Mayat suaminya dijumpai di dalam peti sejuk yang disimpan di dalam rumah miliknya.

Pihak polis setakat ini tidak mengetahui punca kematian suaminya itu dan telah mengundang curiga adakah isterinya itu terlibat atau tidak.

Menurut keterangan beberapa saksi di kejiranan itu, mereka telah lama tidak melihat suaminya itu. Mengikut perkiraan mereka, suaminya itu  telah ‘menghilangkan diri’ sejak 11 tahun lalu.

Berdasarkan pemeriksaan awal yang dilakukan keatas wanita warga emas itu, tiada kesan trauma ditemukan pada tubuhnya.

Kedua-dua mayat kemudian dihantar ke hospital untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Sumber: Daily Mail

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)