Siakap Keli

“Kali Ini Saya Nak Bawak Tuanku Agong, Biar Rafi Pengsan,” Telatah Raja Permasuri Buat Netizen Terhibur

Sebelum ini pernah tular video dimana Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dipanggil ‘kakak’ ketika membeli durian di gerai tanpa protokol dan memuat naik gambar durian dengan sudu dan garfu di Twitter yang mengambarkan baginda penggemar raja buah itu.

Menerusi ciapan terbaru Twitter @cheminahsayang itu, Tuanku Permaisuri telah mencuit hati pengikutnya, baginda menyatakan hasratnya yang tidak sabar untuk pergi ke Pulau Pinang untuk makan durian.

Apa yang mencuit ramai pengikutnya adalah apabila baginda ingin pergi ke gerai durian itu bersama Tuanku Agong. Jika sebelum ini pemilik gerai itu dikatakan demam apabila mengetahui wanita yang datang ke gerainya itu Tunku Permaisuri, biar kali ini pengsan pula.

Tak sabar nak pergi Penang makan durian ….. kali ni sy nak bawa Tuanku Agong …. biar Rafi pengsan!

Aritu panggil Tuanku Permaisuri Agong KAKAK.. jumpa Tuanku Agung dia panggil ABANG

Saya sekali pengsan jumpa tuanku depan mata..

Kakakaka.. guling² patik baca tweet ni tuanku.

Rata-rata warganet terhibur dengan ciapan Tunku itu, sikapnya yang bersahaja dan sememangnya dikenali sebagai kerabat diraja yang mempunyai keperibadian yang merendah diri dan mendekati rakyat. Sehinggakan warganegara lain turut berasa senang dengan baginda.

Permaisuri dekat dengan rakyat…Beruntungnya kalian punya Raja dan Permaisuri yang merakyat.

Sumber: @cheminahsayang

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)