Siakap Keli

Logo Sukan Sea Filipina Jadi Bahan Troll Netizen, Rupa Disamakan Dengan Gelang Getah & “Water Ring Game”

Masalah-masalah yang timbul dalam Sukan SEA 2019 Filipina sedikit sebanyak telah mencalarkan imej positif tuan rumah. Terkini, logo rasmi yang digunakan dalam Sukan SEA 2019 Filipina telah mendapat kritikan hebat daripada netizen di media sosial.

Walaupun upacara pembukaan rasmi Sukan SEA 2019 di Filipina belum lagi membuka tirainya, pelbagai permasalahan yang dapat dilihat telah menunjukkan bahawasanya persediaan tuan rumah dalam menganjurkan temasya sukan yang melibatkan negara-negara Asia Tenggara itu setakat ini tidak begitu memuaskan.

Berikutan dengan itu, imej negara tuan rumah juga turut terkesan akibat daripada permasalahan yang timbul pada atlit serta petugas media susulan daripada beberapa kejadian yang dilaporkan.

Netizen di media sosial juga tidak kurang hebatnya kerana ada yang dilihat mengkritik logo Sukan SEA yang dikeluarkan pihak penganjur.

Ada netizen yang menyamakan logo temasya Sukan SEA pada kali ini seolah-olah seperti gelang getah dan pelbagai lagi barangan yang terdapat di rumah.

Terdapat beberapa netizen dalam serta luar negara yang turut mengkritik logo dikeluarkan oleh penganjur itu

Susulan daripada insiden logo itu, ada netizen yang mendakwa bahawa sebenarnya terdapat banyak lagi logo yang lebih baik telah dicadangkan. Namun logo-logo yang lain itu tidak terpilih untuk dijadikan logo rasmi bagi temasya Sukan SEA pada kali ini.

Sukan SEA 2019 yang bakal membuka tirainya secara rasmi pada sabtu ini bakal menerima kunjungan lebih 8,000 atlet dari 10 negara ASEAN.

Walaupun upacara pembukaan secara rasminya belum lagi diadakan, pelbagai permasalahan yang timbul telah banyak dilaporkan.

Sumber: Twitter

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.