Seorang budak lelaki dari Vietnam yang baru berusia sepuluh tahun telah hidup sebatang kara setelah kematian neneknya dan bapanya dalam masa yang singkat.
Kanak-kanak lelaki itu dikatakan telah kehilangan ibunya semasa masih kecil lagi sementara bapanya dulu bekerja sebagai pekerja pembinaan di bandar.
Beliau terpaksa menanam sayur-sayuran untuk menampung keperluan hariannya. Beliau seorang yang cekal dan tabah dalam menghadapi dugaan kehidupannya.
Walaupun hidup dalam kekurangan beliau tetap bersekolah dan belajar bersungguh-sungguh.
Pihak sekolah dikatakan telah berusaha untuk mencari keluarga angkat kepada kanak-kanak itu. Namun, ditolak olehnya kerana ingin hidup berdikari serta tidak mahu meninggalkan rumah dan kampung halamannya itu.
https://www.facebook.com/watch/?ref=external&v=755369511628408
Sumber: Laodong TV