Siakap Keli

Ranking FIFA Skuad Harimau Malaya Lonjak 4 Anak Tangga

Selepas meraih kemenangan berturut-turut dalam 3 aksi terakhir pasukan Harimau Malaya, ranking FIFA yang dikemaskini pada 28 November 2019 menyaksikan Malaysia melonjak ke tangga 154 dunia, naik 4 anak tangga dari sebelum ini.

Harimau Malaya menewaskan Tajikistan dalam aksi persahabatan kelas A sebelum berjaya mencatatkan kemenangan ke atas Thailand dan Indonesia di Bukit Jalil dalam aksi Kelayakkan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.

Diharapkan prestasi cemerlang ini dapat diteruskan dalam aksi-aksi berikutnya. Selepas ini, dalam aksi kelayakkan, Malaysia dijadualkan bertemu UAE di Dubai sebelum melayan kunjungan Vietnam di Bukit Jalil. Semua perlawanan tersebut bakal berlangsung pada tahun 2020.

Sumber: FAM

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)