Siakap Keli
Foto: Brendan Gan

“Takkan Pernah Ucap Selamat Tinggal,” Brendan Gan Sah Tinggalkan Pasukan Perak

Mengimbas kembali bagi perlawanan Skuad Harimau Malaya dalam Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, salah seorang pemain yang mejadi pemnyumbang kepada prestasi terbaik pasukan malayaia adalah Brendan Gan.

Beliau yang juga bermain untuk Skuad Seladang menjadi bualan ‘hangat’ dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia yang tertanya-tanya kesahihan hasratnya untuk bermain dalam pasukan lain.

Satu titipan kiriman daripada Brendan Gan buat rakan sepasukannya di laman Facebook miliknya, menjelaskan bahawa beliau bakal meninggalkan pasukan tersebut.

Katanya, ini adalah masa yang sangat menyedihkan untuk meninggalkan pasukan Perak. Dia sangat bersyukur dapat menyumbang bakti dalam pasukan ini sepanjang dua tahun perkhidmatannya.

“Banyak sangat memori tercipta dalam pasukan ini”

Kepada ‘adik-beradik’ seperjuangan setiap minggu, korang semua pemain yang hebat dan pertalian ini membuatkan rasa seperti keluarga besar. Saya tidak sanggup untuk mengucapkan terima kasih setiap seorang antara kita kerana tidak dapat melupakan detik bersama,

Banyak kenjayaan yang dicapai bersama untuk kemenangan negara. Anda semua akan sentiasa menjadi sebahagian keluarga besar saya dalam arena bola sepak.

Tambahnya lagi, yang paling peting adalah penyokong yang membuatkan beliau sentiasa bersemangat dalam setiap perlawanan setiap minggu.

“Saya akan sentiasa merindui dan ingat kesan positif yang anda semua lakukan untuk diri saya.”

Untuk jurulatih Mehmet, terima kasih sentiasa menyokong saya walau apa keadaan dan sentiasa menjadi peranan penting dalam pasukan ini. Anda benar-benar buat saya berasa ia satu keluarga. 

Belaiu juga mentipkan ucapan kepada kakitangan yang banyak berjaya untuknya sebagai belakang takbir.

Bola sepak adalah segalanya bagi saya, tetapi ia adalah busines untuk sesetengah orang. Saya akan ingat sejarah yang tercipta. Mungkin suatu hari nanti saya pasti akan pulang ke Perak.

Namun, katanya dalam kiriman tersebut, beliau akan mengumumkan berita penting ini bila tiba masanya.

Terima kasih Perak dan rakan-rakan di sana, Takkan pernah ucap selamat tinggal tetapi akan sentiasa kata jumpa lagi.

 

Bagaimanapun, keputusan ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan penyokong Perak kerana Gan menunjukkan aksi yang unik sepanjang menjadi salah seorang skuad jersi ‘hitam kuning’ itu.

Sumber: Brendan Gan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)