Siakap Keli

(Video) Honda Civic Nyaris Jadi ‘Kereta Terbang’, Langgar Bonggol Tinggi Tengah Jalan

Bonggol di atas jalan raya dibuat untuk memperlahankan kenderaan terutamanya pada kawasan yang berdekatan dengan simpang keluar masuk kenderaan. Dengan adanya bonggol, kenderaan sudah pastinya akan memperlahankan kenderaan mereka dan boleh mengurangkan risiko kemalangan.

Walaupun ianya dapat membantu untuk mengurangkan kelajuan, namun bonggol di atas jalan raya juga boleh mengundang bahaya kepada pengguna. Disebabkan itu, bagi setiap bonggol pastinya mempunyai papan tanda yang menandakan terdapat bonggol dihadapan.

Menerusi satu rakaman yang dikongsikan di halaman Facebook, sebuah kereta dilihat melambung apabila melalui sebuah bonggol tinggi di laluan Lapangan Terbang Changi, Singapura.

Sekiranya dilihat rakaman berkenaan, kereta berwarna hitam itu sedang bergerak memasuki terowong. Namun, apa yang menarik perhatian ialah apabila kereta tersebut dilihat melambung sedikit tinggi ketika melalui bonggol berkenaan.

Walaupun lampu brek kenderaan itu terpancar, namun tindakan pemandunya agak terlewat kerana kenderaannya telah ‘melompat’ ke udara.

Memandu di jalan raya sememangnya memerlukan perhatian penuh dalam kalangan pemandu. Perkara ini supaya kejadian seperti ini tidak berlaku lagi sehingga boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan.

Sumber: SG Road Vigilante -SGRV

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa