Siakap Keli

Viral Sejak Semalam, Hello Kitty Carrier Dari McDonald Dijual Kembali Setinggi RM999

Hello Kitty Carrier dari McDonald yang menjadi viral semalam kini mula dijual kembali di gedung jualan online Shopee dan Lazada pada harga setinggi RM999.

Sejak dilancarkan pada jam 10 pagi semalam, ramai netizen berkongsi keterujaan memiliki barang edisi khas tersebut di facebook dan twitter.

Dikatakan ramai yang sanggup beratur panjang seawal jam 7 pagi hanya untuk memiliki set khas daripada McDonald’s ini.

Ianya ternyata menarik minat orang ramai untuk mendapatkan set khas yang sememangnya cantik ini.

Untuk mendapatkan set khas ini, anda hanya perlu membeli satu set makanan di McDonald’s terlebih dahulu kemudiannya buat pesanan tambahan Hello Kitty Carrier.

Set ini dijual pada harga serendah RM29.90 sahaja.

Kredit Foto: mcdonalds.com.my

Set khas ini dikatakan telah habis dijual di serata Malaysia dalam masa sehari sahaja.

Seperti biasa, ada sahaja yang membeli set khas ini lebih daripada satu, namun dijual pada harga yang lebih tinggi.

Tinjauan dibuat di aplikasi Lazada dan Shopee, rata-rata set khas Hello Kitty Carrier ini dijual dalam lingkungan harga RM49.90 – Rm 200.

Namun ada yang menjualnya sehingga harga hampir RM1000.

Rata-rata yang membeli mungkin berpendapat ia mampu dijual kembali pada harga yang tinggi disebabkan Hello Kitty Carrier keluaran McDonald ini merupakan limited edition.

Selain itu, rekaannya yang menampilkan rekaan Hello Kitty yang sememangnya menjadi watak animasi digemari setiap orang sejak zaman kanak-kanak lagi.

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.