Siakap Keli
Kredit Foto:Twitter Azmin Ali

Waktu Solat Subuh Di Selangor Akan Alami Perubahan 8 Minit Bermula Esok

Waktu solat subuh di seluruh negeri Selangor akan mengalami perubahan mulai esok apabila ia akan ditambah sebanyak lapan minit dari waktu asal.

Menurut Jabatan Agama Islam (JAIS), perubahan yang dibuat ialah hasil daripada kajian kecerahan langit waktu subuh yang dilakukan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama penyelidik Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur.

Perkara ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) kali ke-116.

Perubahan ini juga telah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 28 November 2019 bersamaan 1 Rabiulakhir 1441H untuk dikuatkuasakan bagi Negeri Selangor.

Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor

Sofea

There's always another side to every story