Siakap Keli

“Dah Tumpang, Common Sense La”, Gadis Buat Video Tegur Member Kaki Tumpang Tapi Tak Reti Hulur Duit Minyak

Menerusi satu klip video pendek yang disiarkan di laman Twitter milik @electrichills yang memuatnaik satu posting bertujuan untuk menegur segelintir masyarakat yang kadang kala memandang enteng dengan isu duit minyak.

Menerusi klip video tersebut, dia dilihat meletakkan beberapa keping duit RM10 ketika kawannya itu sedang memandu.

Kita kadang-kadang alpa mengenai sikap diri sendiri yang tidak mengambil berat tentang perkara berkenaan, tapi sikap bertimbang rasa harus ada dalam diri seseorang.

Hal ini mungkin dilihat sangat remeh tapi ia merupakan satu nilai common sense yang perlu dititikberatkan dan harus dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Posting yang dibuat di laman twitter miliknya menerima pelbagai komen daripada netizen mengenai perkara ini.

“Pernah naik bertiga pastu kan, aku ngan member sebelah bayar minyak sebab kereta aku kan aku nak isi. Member belakang buat main phone buat tak reti”

“Jom la naik lagipun memang aku nak ke sana juga”

Sumber: mstar, @electrichills,

Siti Natrah Jusof

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.