Ya, sebut saja perkataan cucuk, pasti ramai yang gementar untuk lalui detik kesukaran ini. Bukan saja kanak-kanak malah orang dewasa juga akan rasa benda sama jika berada dalam situasi di mana doktor atau jururawat ambil darah dari tangan korang.
Tambah-tambah lagi jika cubaan pertama gagal, anda perlu sekali lagi bertahan untuk ‘kesakitan’ kecil dalam tempoh ambil darah tersebut.
Namun, hati seorang ibu sangatlah lembut. Apa yang terjadi kepada anak kesayangannya, pasti dia juga akan terasa sakit itu. Seperti yang dikongsikan oleh wanita ini yang mendakwa tangan anaknya dicucuk hampir 10 kali.
Apa yang lebih menyedihkan, anaknya baru berusia 1 hari pada hari kejadian mengikut dalam keterangan dalam kiriman wanita tersebut.
Kerja doktor doktor pelatih (houseman) cucuk hampir 10 kali for 1st attempt, untuk dapatkan darah pada hari pertama kelahirannya. Menitis air mata ibu.
Maaf doktor, saya jugak dulu pernah jadi doktor pelatih, tapi hati saya masih ada kemanusiaan. Saya tahu awak masih belajar. Kalau rasa tak boleh buat, tak payah cuba 10 kali dan seksa bayi ni. Boleh saja beri kepada medical officer yang lebih senior dan lebih competent.
“Tak beri kebenaran untuk ‘houseman’ ambil darah anak saya”
Setelah lihat semua ni, mereka tetap juga ambil dengan nada sombong, “saya doktor pelatih senior”. Dan tak dapat pun darah. Jangan main dengan tahap kesabaran seorang ibu.
Bagaimanapun, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan doktor pelatih tersebut.
“Bodoh sombong”
“Saya yang tua ni pun sakit, tambah pulak bayi”
“Naseb akak dulu dapat burse yang baik”
Sumber: Sholehah Ikhwan