Siakap Keli
Gambar hiasan

Indonesia Bercadang Kenalkan Khidmat Urutan Alat Sulit Untuk Tarik Pelancong Melawat

Indonesia bercadang mahu memperkenalkan khidmat urutan besarkan alat sulit (mak erot) sebagai salah satu strategi menarik pelancong dan menjana pendapatan negara,

Menurut Kementerian Kesihatan Indonesia, Terawan Agus Putranto, kaedah tersebut perlu diketengahkan lagi bagi menarik pelancong luar untuk datang ke negara tersebut.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyatakan bahawa industri ubatan tradisional di Indonesia mempunyai potensi yang tinggi, namun selama ini ianya hanya kurang dipromosikan sahaja.

“Industri ubatan tradisional kita sebenarnya hebat, namun ianya tidak diketahui sesiapa. Antaranya ialah, Tongkat Ali, Purwaceng (tumbuhan yang mempunyai kesan seperti viagra), serta Mak Erot. Jika kita mempromosikannya secara telus, pelancong asing pasti akan datang,” ujar Dr Terawan.

Beliau juga turut menyeru agar pakar-pakar dalam bidang kesihatan untuk menyumbangkan idea-idea yang baharu bagi mengembangkan industri pelancongan kesihatan.

Bagaimanapun katanya Purwaceng dan Mak Erot hanyalah sekadar cadangan sahaja, masih banyak lagi cadangan lain yang boleh difikir serta dikembangkan.

Sumber: Detiktravel/Tempo

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.