Siakap Keli

Kisah Anak Kata Tak Nak Balik Kampung Kalau Ayah Tak Pasang “Air-Cond”

Kasih kedua ibu bapa kepada anak-anak tiada tandingannya. Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Semua ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja untuk anak-anak.

Tenaga dan keringat dicurahkan kepada anak sepatutnya dibalas dengan perbuatan yang sama oleh anak setelah mereka dewasa.

Namun, kisah sebaliknya yang berlaku ke atas seorang warga emas yang diberi syarat supaya memasang penghawa dingin jika mahu mereka sekeluarga bermalam di kampung.

Walaupun kesempitan wang, dengan berat hati si bapa mengikut kehendak anaknya itu.

Syarat pasang aircond

Kisah petang tadi, dapat call dari seorang customer, cakap nak pasang aircond paling murah dan urgent..

Katanya anak,menantu dan cucunya nak balik sempena cuti sekolah.

Tapi si anak bagi syarat kena pasang aircond dalam bilik dahulu baru diorang bermalam dekat rumah. Kalau tidak, si anak nak bermalam dekat hotel.

Jadi aku pergi ke alamat rumah yang pakcik ni bagi. Sampai rumah pakcik tu, aku bagi senarai harga beberapa jenama aircond.

Pakcik ni tiba-tiba senyap. Termenung panjang nak kena pasang aircond semata-mata nak memenuhi kehendak anak.

Dengan berat hati pakcik tu bagitahu dia tidak cukup duit.

Bila tengok air muka pakcik ni, aku tak sampai hati nak ambil duit. Jadi, aku charge harga aircond je..

Masa dalam perjalanan balik, aku pulak termenung. Tiba-tiba teringat arwah ayah.

Wahai si anak, mak ayah yang sedang menghitung usia tu bukan harapkan apa-apa pun dari kamu. Cukuplah dapat tengok anak cucu depan mata untuk lepaskan rindu.

Nanti bila ayah kau dah tak ada dalam dunia ni baru kau akan menyesal sampai mati.

Ingatlah, dalam hidup ni kita semua patut bagi dan dapat peluang kedua. Tapi menangis air mata darah sekalipun mak ayah takkan ada kelahiran semula.

Rata-rata warganet tidak berpuas hati dengan tindakan si anak itu dan berharap dapat jadikan pengajaran.

Sumber : Facebook

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)