Siakap Keli
Gambar hiasan

Ramai Ibubapa Tak Tahu “2 Hour Rule”, Penyelidik Dakwa Boleh Ganggu Pernafasan Bayi & Risiko Maut Jika Duduk Lama Dalam Carseat

Susulan daripada statistik kemalangan yang membimbangkan melibatkan kanak-kanak, kerajaan telah mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di dalam kenderaan untuk mengelakkan kecederaan serius serta kematian sekiranya berlaku kemalangan.

Menurut Babysafe dalam satu kajian yang dibuat, sebanyak 58 peratus golongan ibu bapa tidak pernah mengetahui berkenaan dengan peraturan 2 jam.

Jika peraturan 2 jam ini diabaikan, dikhuatiri masalah kesihatan yang serius bakal memberi impak kepada kesihatan anak anda.

Apa itu peraturan 2 jam?

Kebanyakan pengeluar car seat tidak menggalakkan anak anda untuk menggunakan kerusi tersebut selama lebih 2 jam dalam tempoh 24 jam.

Ini bermakna ibu bapa perlu peka untuk mengangkat anak seketika daripada baby car seat sekurang-kurang sekali bagi setiap 2 jam, berbanding membiarkan anak terus lena dalam posisi badan yang mungkin memberi risiko.

Ini kerana, apabila anak anda duduk dalam posisi separuh menegak untuk tempoh masa yang lama, ianya akan menyebabkan:

  1. Gangguan kepada pertumbuhan tulang belakang anak anda.
  2. Aliran udara ke paru-paru anak anda menjadi terhad. Sekiranya anak anda tidur dalam posisi kepala tunduk ke depan, ianya lebih berisiko tinggi.

 Sebab kenapa ibu bapa perlu ikut peraturan 2 jam ini

Bayi mungkin akan berisiko mengalami gangguan pernafasan jika diletakkan dalam posisi duduk atau di dalam car seat. Kepalanya akan berada dalam posisi tunduk ke depan, secara tidak langsungnya, posisi tersebut akan menyebabkan aliran udara menjadi sempit.

Car seat sebaiknya digunakan untuk membawa bayi ketika di dalam kereta, dan peralatan tempat duduk bayi seharusnya digunakan sebaik bayi anda cukup kuat untuk menampung kepalanya sendiri.

Car seat direka untuk memastikan keselamatan bayi semasa di dalam kereta, bukan sebagai tempat tidur yang utama.

Kajian menyarankan supaya rehat yang kerap perlu diambil dalam perjalanan yang panjang bagi membolehkan bayi tersebut diangkat keluar dari car seat itu, walaupun bayi tersebut sedang tidur.

Tempat yang selamat dan sepatutnya untuk bayi tidur adalah di tempat yang lembut seperti tilam. Car seat tidak memenuhi ciri-ciri ini.

Ada ibu bapa yang didapati terus membiarkan anak mereka tidur di car seat selepas seharian travel di dalam kereta. Kerana berasa kasihan untuk mengejutkan anak mereka yang sedang tidur lena, ibu bapa tersebut hanya membiarkan sahaja.

Perbuatan tersebut adalah salah sama sekali dan ianya boleh merisikokan kesihatan anak mereka.

Antara tips untuk mengelakkan kematian gara-gara car seat

Sumber: Baby Safe

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.