Siakap Keli

(Video) Detik-Detik Kereta ‘Lesap’ Sekelip Mata, Terjunam Dalam Lubang Besar Tengah Jalan

Seorang wanita dan anak perempuannya mengalami detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka terjunam ke dalam sebuah lubang besar di selatan Brazil.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), sebuah lubang besar terbentuk setelah sebuah trak melalui jalan berkenaan, menyebabkan kereta dipandu Vanessa Cavagnolli, 34, terbabas ke dalam mendapan tersebut.

Sebelum itu, sebuah kereta berwarna putih yang tiba lebih awal sempat mengelak dari ‘ditelan’ lubang tersebut beberapa saat sebelum Vanessa melalui jalan yang sama.

Wanita itu kemudiannya dilihat cuba keluar dari kereta dipandunya dengan bantuan orang awam yang berada di tempat kejadian.

Vanessa yang mengalami patah hidung dihantar ke hospital tempatan untuk menerima rawatan sementara anaknya, Andressa Carnesela, 12, mengalami kecederaan ringan.

https://www.youtube.com/watch?v=r85CPDcruQo

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.